Monday 9 March 2015

Kenapa Rika??... End

Tinggal beberapa hari lagi Rika akan menghabiskan kajianya. Hari-hari terakhir Rika tiada benda yang pelik-pelik terjadi. My dad just recognize something was happened in this house. My dad cuba mendapatkan penjelasan daripada AS, "Abah tengok macam ada tak kena je? apa dah belaku sebenarnya" sambil membelek-belek helaian surat khabar lama. AS duduk disebelah my dad sambil menerangkan apa yang berlaku. 

My dad menunjukkan reaksi terkejut setelah mendengar cerita dari AS. Kemudianya my dad cuba mendapatkan Rika yang pada masa itu bersama-sama my sis di dapur untuk kepastian. My dad ke dapur seolah-olah ingin minum sambil duduk berhadapan dengan meja makan. My dad memulakan persoalan "Buat apa makan tengahari ni?" tanya my dad ke arah my sis. 

My sis membalas "Macam biasa je abah, hari ni masak asam pedas ikan tenggiri" dengan membuatkan makanan ringan untuk My dad. "Rika dah habis ke kajianya?"... " Ah'.. Rika ke pacik,,, owh.. sikit lagi, dalam dua ke tiga hari lagi Rika dah siap dan balik semula ke kampus". Sambil ketawa kecik. . " Rika betul ke pakcik dengar yang Rika  boleh nampak benda-benda tu semua?". Soal my dad tanpa melengah masa. 

"arr.. a'ah pakcik". Rika mengangguk. My dad terus memberi rujukan beberapa potong ayat untuk Rika baca dan fahami bagi menjauhi semua itu. Rika mencatat dan terus melakukan kerjanya. My dad juga memberi rujukan beberapa potong ayat untuk AS baca dan amalkan. Sewaktu menghampiri Rika, AS cuba membaca potongan ayat tersebut yang AS dah cuba hafal semalaman. Rika memberikan tindakbalas setiap  bacaan yang AS lakukan, Rika cuba melarikan diri. 

My dad cuba bertanyakan Rika tentang amalkan potongan ayat tersebut, Rika hanya tersenyum setiap kali diajukan soalan itu. Kini Rika mula berangkat untuk balik ke kampus, semasa menghantar Rika ke terminal, My dad ada juga membaca beberapa ayat, Ternyata Rika ada bersama-sama dengan makhluk tersebut dan mendampingi Rika sepanjang berada di rumah. Makhluk yang mendampingi Rika adalah seekor Jin, namun Jin terseut tidak memasuki rumah.  Mungkin itu adalah Ibu Jin kepada anak Jin yang telah dibunuh oleh mak Rika suatu masa dahulu yang telah dibuat perjanjian dengannya.

Sejak dari itu, Rika yang telah kembali ke kampus telah hilang perhubungan dengan My sis setelah menamatkan pembelajaranya. Semua rakan-rakan kelas My sis juga tidak tahu kemana hilangnya dan apa yang telah terjadi. Semua persoalan mulai timbul dengan ketiadaannya dan apa yang telah terjadi kepadanya dan Kenapa Rika??.


Tamat









1 comment:

  1. ala da habis..... smpai skrg kakak AS xth ke mn rika?? dan KENAPA RIKA????

    ReplyDelete